Terma Iklan di Seri Anggerik Directory - SAD





"Format" mukasurat iklan rumah adalah seperti di contoh iklan senarai negeri dan di Seri Anggerik Homestay Directory - SAHD.

Pengendali laman berhak menukar "layout" iklan rumah mengikut kesesuaian.

Pengendali laman berhak meng "edit" perkataan atau ayat mengikut kesesuaian (SAD dan SAHD).

Satu mukasurat laman di SAHD hanya untuk satu rumah tumpangan sahaja.

Pengendali homestay boleh edit sendiri maklumat di laman SAHD dan meminta melalui sms atau email kepada pengendali laman SAD untuk edit maklumat di SAD.

Jika tiada bayaran ulangan selepas tempoh iklan tamat gambar rumah di laman negeri dan muka surat laman iklan di SAHD akan dikeluarkan. Maklumat sedia ada (tanpa gambar dan nombor telefon) di laman mukasurat utama negeri masih dikekalkan.

Laman web Seri Anggerik Directory di "host" oleh server di Malaysia. Sebarang masalah untuk mencapai laman web ini bergantung kepada keupayaan "server hosting" tersebut. Sepanjang 3 tahun menggunakan perkhidmatan mereka tiada sebarang masalah dihadapi.

Jika laman web ini tidak dapat dicapai kerana masalah "server hosting" lebih dari sebulan, pengendali rumah tumpangan yang mempunyai iklan berbayar boleh meminta bayaran balik mengikut berapa bulan ( gandaan 30 hari ) laman tersebut tidak dapat di capai selepas pengesahan dari "server hosting provider" .

Segala maklumat yang disiarkan di mana-mana mukasurat laman web Seri Anggerik Directory dibekalkan oleh pengendali rumah tumpangan masing-masing melalui email, sms, fax, mms atau lain-lain cara perhubungan. Pengendali laman web Seri Anggerik Directory tidak akan melakukan pengesahan siapa yang memberikan maklumat atau kandungan maklumat tersebut.

Pengendali laman web Seri Anggerik Directory tidak akan bertanggung jawap secara langsung atau tidak langsung atas apa-apa yang timbul dari penyebaran maklumat di laman web SAD dan SAHD ini.

Klik disini untuk cara menghantar maklumat rumah untuk iklan satu muka surat.





























Malaysia Web Hosting