Seri Anggerik Homestay Directory.

Panduan membina laman homestay untuk senaraian SAHD.
Buka laman SAHD di http://homestay-directory.serianggerik.com
Anda perlu buka akaun jika belum lagi. Klik "Create an account". (Jika telah ada akaun isi "email, password" dan klik "log in".)

Isi perkataan untuk nama "login", alamat "email" yang sah, kata laluan untuk "password" dan "security text". Isi kotak "I agree with terms and condition" dan klik "Create an account".

SAHD akan dihantar email ke alamat email anda. Buka email tersebut dan klik "activation link" yang diberi.
"Login" semula dengan mengisi alamat "email" dan "password". Di "Main Menu" klik "Create new listing".

Pilih "Accommodation-Featured" jika untuk homestay dan klik "Place Ad Here".

Di "Create new listing" isi "Listing title" contoh-Homestay Cahaya, dan "Listing SEO title" contoh- homestay_cahaya.
Isi semua maklumat homestay anda di "Description". Jika ada peta rumah terperinci boleh dimasukkan di bahagian "Description" ini.

Isi "Listing meta description" contoh Homestay Cahaya untuk seisi keluarga di Kuantan Pahang.
Di"Listing meta keywords" isi perkataan penting sahaja contoh - homestay cahaya kuantan pahang - tanpa (,) atau (.). Pilih gambar utama homestay dalam koleksi anda untuk "Listing logo image" dan "upload".

Di "Categories tree" klik "add category to list" disebelah Homestay Malaysia. Klik kotak bertanda '+' disebelah kiri Homestay Malaysia dan klik "add category to list" di Negeri Pahang.

Isi alamat lengkap di bahagian "Locations" untuk dipaparkan di Google Map. Kedudukan "icon" rumah boleh di laraskan secara "manual "di peta Google.
Apabila selesai dan lengkap klik "Create listing".

Gambar dan video tambahan boleh di masukkan di "View my listings".

